24 December 2008

Almas milestones

At the age of 7 and half month, almas develop her new skill....

clapping hand
Others:
  • Satu gigi bawah baru mula tumbuh
  • Dah pandai duduk dengan sendiri
  • Pandai memanjat, tp tak reti turun paling tinggi dah mendaki 3 anak tangga umah, tp mama trus amik, tak sanggup amik risiko, berdiri dengan sokongan, mama ajar turun katil, sofa tapi almas sangat berhati2, kaki dah jejak lantai, respon muka terkedu kali kedua cuba tak nak ikut... mulut bebel2,... next month kita cuba lagi k.
  • Last minum susu pukul 12 malam sampai 6 pagi baru tercari2 untuk nyonyot... ada perubahan yang baik... tak bangun malam dah. Sayang mama....

23 December 2008

Basikal Arienah

Layan session arienah je la ekk.. Ni nak citer basikal pertama arienah, beli tahun 2007 kira dah setahun pakai la....

Beli ni sebab masa tu baru pindah umah, so takut arienah rasa janggal kat kawasan baru, belikan dia mainan, so takde dia dok ingat kekawan lama dia kat umah lama. Lepas setahun pakai, boleh tahan kerosakan dia, brek sebelah rosak (macam pandai pakai) camana leh rosak pun tak tau, pastu tayar sokongan belakang tercabut (part ni mula2 pikir malas nak gantikan, sbb biar dia belajar naik basikal tayar dua terus, skali dia gayat, tak nak naik basikal langsung) kesian.. nak tak nak repair lah jugak.
Dua tayar ni kos RM15.00, gi repair tempat beli sebab dia ada sticker khas so penjual tu tau beli dr kedai dia, masa beli dia kata kalau apa2 rosak datang betul tempat dia, ingat leh repair free, rupanya caj gak, baik lah repair kat kawasan umah jer, tak de bawa basikal tu jauh2.
Brek dia sebelah yang rosak, tp kena btulkan dua2 kang tak cantik lak, satu baru satu buruk. Cermin tu baru tambah kos RM7... k la sesuai ngan basikal budak pompuan yang tengah mengedik.
Gaya budak expert bawa basikal, 4 tayar boleh lah... basikal tinggal kan 2 tayar tak berani sentuh langsung... budak-budak.......
Posing... suka dapat main ngan basikal nya balik... Sekarang tiap2 petang lpas kerja melayan budak ni g taman. Maknya jalan kaki jer.... Bila maknya lak dapat basikal ni... Boleh kita ngayuh sesama kan.....


Aksi-aksi arienah






Semoga menjadi anak yang bertakwa. Amin....

Tragedi 2008

Aku nak bagitau kat sini, aku terharu ngan mr m.a.n, semalam baru sempat nak antar betulkan kereta lepas accident bulan 8 kalau tak silap, balik dari Parenthood Expo '08 kat midvalley. Time ni 9 kereta terlibat accident, kereta aku depan sekali, so confirm tak salah la kan... Accident berderet2, ikut laporan polis tu, 1 kete yg didapati bersalah... report dia pun sah2 menunjukkan dia salah, dari lane tengah dia masuk lane kitorang yg dah terbabit ngan accident ni... jalan licin nya pasal, masing2 brek tak mencengkam, tu la lain kali pakai disc brek... Hehehehe promotion, kalau mak aku cakap, tu lah jalan maghrib2... lagi... ha kan dah kena... nak jadi ma...

Berbalik ke kisah mr m.a.n, mlm sebelum tu aku cakap ngan dia tak pe la.. aku boleh minta tolong member opis escot aku, sebab dokumen semua dah antar ari sabtu lpas, so tinggal antar kete je. Tp sebab ke mc an aku, tukar plan, aku cakap la aku leh balik ngan teksi, then, dia leh terus g kerja, tak yah patah2 balik, dia baik nya pasal nak antar aku balik umah balik.. best nya.. aku no komen la.. org treat kita nicely.. aku stadium merdeka tadahkan. Layan....


Kereta aku calar kat bumper, terkopek sikit la, sebab skru nak lekat dia tercabut

Ni kereta yang melanggar belakang kereta aku, dia dah brek, tp jalan licin nya pasal, kereta dia teranjak ke depan, report polis dia truk gak kondisi kete dia.


kereta aku dari belakang, nampak cam tak de apa2 jer, tapi calar2 tu


Ni tak tau kereta no berapa

Ni owner merc, ada ker apek ni tanya kat hub aku apsal tak jalan, dei apek, klau laki aku jalan, sah2 kitorang langgar kete depan ler...

Ni la owner kete yang bersalah, berpusing2 kete dia, ikut report dlam 2, 3 buah kete gak dia langgar

Sebab claim insuran nya pasal, kereta aku kena tahan maksimum 2 minggu.. tu paling lama la.. mmm elok gak bhg aku bekukan cuti.... nak jalan, pun tak best, buat masa ni g opis aku bawa la kete manual... 2 pintu, tak selesa nak pikul anak2 jalan.... kete zaman aku ngan mr m.a.n bercinta.

22 December 2008

Kisah hari Isnin

Hari ni aku mc,.. sakit kepala, mukus dah menebal dalam rongga hidung aku ni. Dah berminggu dah, baru arini teringin nak makan ubat sebabnya, lemah badan jer nak masuk opis... mmmm penyakit m menebal... Pagi2 mamazana dah call inform dapat pesanan dari big boss cuti dibekukan hujung tahun ni... Eeeee tak best nya, plan nak cuti panjang hujung tahun ni, mr m.a.n cuti sampai tahun baru. Camana???? Frust pun ada, tak pe la... mr. m.a.n cuti menikmati suasana di rumah je lah ya... isterimu tak dapat nak apply cuti,... huhuhu baru nak join lpak sesama....

Berita baik, mak aku sambung jaga almas next year, so tak sibuk2 lagi fikir nak antar almas kat nursery... Untung almas, opah jaga takde demam2, kakak nya dulu boleh katakan every month demam jer, lpas tu skali demam suhu tinggi... merisaukan btul.
Kasih mak nya pasal, hari ni opah masak special untuk anaknya yg demam.... Nasi minyak ngan my fav ayam masak merah... korang readers nikmati gambar ja la ekk... ahaks

Nasi minyak....mmmmm makan gitu je pun sedap!

My fav... ayam masak merah

Ni acar apa ntah namanya....
Ni mak aku and arienah nya lauk....
Perasmi makanan

19 December 2008

Akhirnya....

*
*
*
*
Baru hari ni boleh nak tengok result. Yang penting akhirnya aku tamat. Alhamdullilah...
Tahniah pada all my classmate; zana, ita, hakim, adik ita (ahaks), a'zul, fida, fiza, kak dayang dll.

15 December 2008

Tagged 3

Dak Intan ni... akak bayar hutang k... selamat membaca...

1. do u think u're hot?
I'm cool ... peace

2. upload ur favorite pic of u!
At the moment, this is my fav pic. It being taken during fasting eve this yr at uncle mr m.a.n house


3. why do u like that pic?
All member of family in the picture

4. when was the last time u ate pizza?
Last week, beli kat pasar malam, pizza apa ntah namanya tp sedap, base nya lembut, mlm ni ada pasar malam kat umah aku, sapa nak pesan leh order, balik keje ni aku singgah jap.

5. the last song u listen to?
Ntah la, tadi nak g keje dgr Hot.Fm

6. what r u doing rite now besides this?
Pegang tisu, hidung ni sepanjang masa asyik bermukus jer.

7. what name would u prefer besides yours?
astik

people to tag:
1. zana
2. ita
3. dyla - member blogger baru...
4. hairi
5. zaini

8. who is no one?
My informer, tak de dia, gosip lambat sampai.. ahaks jgn marah

9. no 3 is having a relationship with?
belum kenal lagi la.... member blog baru, lpas ni kita rapat-rapat lg k.

10.say something about no 5?
no 5 ni, aku tgk blog dia dah lama exist tp apasal asyik beku jer, hang duk kat kutub ka???

11.who's no 4?
no 4 sapa ekk... aku pun tak ingat camne leh baik ngan famili ko, but i know i knew him.

12.who is no 2?
no 2 my ex house-mate masa zaman bujang dulu... best dia ni, rajin uruskan umah, untung lah laki dia.

Friday entry...

Due to busy, only today managed to post n3 for Friday topic… So much things happened on Friday, those are very memorable thought should not been forgotten. Early morning, Arienah surprised me saying there is a leaf grew from the plant we cultivate yesterday, my dear… nothing had happened yet in that pot. Bluffing mama… (Mr Harry, I wonder still nothing happen until today?) Then on the way to office, I fuel up the tank, I was surprised my fuel straight up to max level just for 50 bucks… felt so good, this 1st time I bought oil since oil price going down. (Today the oil decrease to 0.10 cent/litre) The reason, I’m filled up to maximum level because I’ve planned going to ikea during lunch break. Hehehehe I’m afraid I got lost, so to make sure anything bad happen the tank should be well occupied. Only on that day ikea let go it Mammut Children's Chair for RM14.90, normal price RM19.90 I managed to save 20 bucks... I went with mamazana...

Picture compliment from mamazana blog...


So the planned go well, during lunch hour, the exact time was 11.45 I left out the office, my colleague have no problem with that, thought I’m not the boss, and before I left I’ll make sure my work all have been done, I have nothing to hide, I cleared said to them I will be going to ikea. Then I repay the office time by extend my working hour half an hour late that day, so I guess it fair and equal lol. What is the important thing no unfinished work left on my desk!

I went back home with happy hand coz my plan go smooth as what it is planned.

11 December 2008

Mission accomplished...


Citer aktiviti ngan arienah di petang hari jadi Sultan Selangor... Ni pun penangan dari blog mr harry porter semangat berkebun... Tengahari outing ngan arienah beli benih sayur kailan, pak choy, benih apa lagi, total 4 jenis sayuran.

Maka xtvt bercucuk tanam pun bermula, best gak.. arienah sibuk nak letak tanah kat pot tanaman tu... nasib masuk di tempat yang sepatutnya, tak terabur satu laman, saya letak benih-benih sayuran tu.. minta lah tangan ku tergolong dalam tangan org2 yang sejuk bab-bab menanam ni.. :)

Kalau jadi.. nak saya update hasil titik peluh petani muda ni... adios...


Baru try 3 benih...
Yang ni timun jepun

Yang ni kailan china... mmm m'sia nya produk mana ekk...

Bila boleh dapat hasil ni.... Kita tunggu sesama ya arienah....

10 December 2008

Tagged 2: 'WHAT IF UR EX SAID THIS TO U ?'

Tag datang dari dak intan.. I like.....

1. hi, how r u?
Sihat alhamdullilah... abang apa kabar? Gaya ala2 gatal gitu. ahaks

2. hey! u wanna go to mall?
Jom.. best ni, abang belanja tau.

3. i love u!
i love u too...

4. do u want some cookies?
mmm... suapkan ekk....

5. can u take me a pic?
ala.. tak reti la nak guna ur camera canggih bangat

6. help me in my homework?
buat sendiri la..

7. here's my gift to u
best.. best... bagi la selalu

8. let's just b textmates
abang rajin ker nak menaip2 ni??? huh?

9. do u want me to buy u an ipod?
no tanx, belikan gelang jer, habib tengah sales ni.

10.lets sit together in the bus
Bila lak nak naik bas ni, tp teringin gak nak naik sesama g travel jauh2 sure syiok kan????

11.hi baby
yes darling...

12.u still cute
thank u....

13.i still love u
me too.. luv u so much.

14.can i visit ur house?
rumah i rumah u juga....

15.do u love me?
love u forever n ever

names 3 candidates on ur list...
malas la nak tag. the tag end here. Happy blogging.

P/s: My ex now had become my lovely ever dearest hubby. I love u so much. U are my first and last love ever amin....muah....

05 December 2008

Pagi jumaat yang indah

Boleh lah tajuk tu, hari ni aku masuk opis kul 9.30pg sebab bawa almas g klinik. Dah nak masuk 7 bulan baru berkesempatan nak sunat almas... Alhamdullilah dah selamat, arienah dulu usia 4 bulan dah sunat. Almas ni mama dan baba tak ikut jadual la, mlm tadi baru bawa cucuk untuk vaksin 5 bulan, berat almas 6.53kg....

Emm... kat klinik tadi tiba-tiba datang lak ke'tension' an, member opis elok nak jumpa doc, call cara nak generate report bajet, eee... sebenarnya ok jer, tp masalahnya aku tengah runsing so terjadi lah ketinggian suara sikit, harap tak amik hati ek... sori ya zamri. Sebab terjadinya runsing gak,.. elok doc nak sunatkan almas, kakaknya nak membuang air besar lak, so almas mama tak dapat bersama masa doc sunat almas... Tapi alhamdullilah opah nya teman, almas ni dah jadi anak opah, bukan cucu dah. Sebab utama masalah ke'tension'an ni mr m.a.n tak de bersama tu la sebenarnya kot, terasa bebanan dipikul sesorang....

Sekian la citer pagi jumaat yang indah...

03 December 2008

I've been tagged 1

Hi... mr blog, 5 days i'm not seeing u... Sorry all my blog friends, quite busy lately, plan want to update at home yet cannot open NB at all... busy entertained two actives daughter, mr m.a.n alwayz rumah dah gelap baru sampai rumah, mmm.... what to do.... so sad children nowadays, parents busy working.....

Ok... mr harry porter i fulfilled ur tag.

Three Things That Scare Me:
1. Death.... Repent brother & sister
2. Someone i luv in my whole world leave me forever... huhuhhu i never been through this situation, how if it really happen to me.... who i'm going to lean to? Hairi, do u notice i don't know why i'm very sad during ur late father funeral. My tears go out and take time to stop....
3. ghost (copy harry porter answer hihihi....)

Three People Who Make Me Laugh:
1. Arienah
2. Almas
3. mr m.a.n
4. my opis mate - kak sina, zamri, ijam

Three Things I love:
1. mama
2. papa
3. my family
Things @ peoples???? Whatever huh....

Three Things I Hate:
1. mrs A.Y (Mulut jahat)
2. penghasut untuk kepentingan diri dia sendiri... - bad intention - - jahat - kesian tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan
3. dia minta tolong orang, belakang keje tu jadi tanggungjawab dia... orang yang ditolong tu balik umah suka-suka hati.... tak amik tau pasal keje dia.... tak baik, tak de amanah tau!!

Three Things I Don't Understand:
1. almas mumbling... apa ntah dia nak... cakap lah nak susu ke, tukarkan pampers ker.. hehehe
2. why after become a wife i getting more sensitive and hard to control emotion....sapa nak tolong jawab...
3. Sapa yg create office politic - untung utk mereka yg work smart, for those yang work hard.... cuba la contohi mereka yg tin kosong ni....

Three Things I'm Doing Right Now:
1. jawab tag mr harry porter...
2. pikir nak jawab soalan tag ni
3. tgh menaip kat keyboard untuk soalan di atas

Three Things I Want To Do Before I Die:
1. Tunaikan rukun islam ke-5
2. Kahwinkan anak-anak aku
3. go around the world - aku memang suka bab2 melancong ni (jawapan mr harry) plus both our family go together boleh????

Three things I can do:
1. mengandung
2. bersalin
3. mengubah bunga caraku sendiri

Three Ways To Describe My Personality:
1. Tenang dalam keje yang dipertanggungjawabkan (ni cikgu kelas sekolah rendah aku yg tulis dlm sijil berhenti S.R.K Tarcisian Convent)
2. Lambat mesra, tp once dah kenal boleh jadi besan gitu.. ahaks
3. i'm very curious person, so klau sesapa nak citer ngan saya make sure citer detailed, i tak suka citer tak jelas and tak diketahui punca nya.

Three Things I Can't Do:
1. produce sperm ahaks... mr harry and mr m.a.n jgn marah gitu
2. payung terjun....
3. find mr ATM bergerak

Three Person I want to Tag:-

Since i'm new in blogging zone, all my friends have been tagged. So the tag end here. Happy blogging......

27 November 2008

Welcome home Arienah

Yesterday, Arienah had arrive safely from Teluk Intan follow her auntie effa... juz want u to know mama miss u very much, same goes to almas.... only tomorrow will see her. Can't wait to see you. Some photo taken on arienah behave while her sister away... huhuhu...




Adik when u're coming home???.... kakak miz u... (I wearing ur clothes)


















Still fit uh.....















25 November 2008

24.11.08 Hari kedua ketiadaan anak

Tajuk tiada kena mengena dengan kehilangan anak, cuma anak-anak balik kampung, rindunya kat arienah yang becok mulut, kalau dia takde kat umah jiran pun tau dia takde, tak dengar suara dia. Almas... rindu nak peluk cium... tunggu ya sabtu ni kita jumpa...

Hari ni dua2 tak g opis, tau mama, mau kena bebel. Brunch nasi goreng, plan nak candle light dinner kat umah. Syok apa abiskan masa berdua-duaan di umah sendiri, rasa sejak pindah tak nah lagi tinggal berduaan kat umah ni. emmm... kalau terajin nanti la decorate umah penuh keromantikan. ahaks..

So sbb tak nak dinner kat umah, m.a.n bawa g Big Plate dah berubah tempat ni, dah pindah kat corner building, sebabnya tak tau lak tak tanya, sampai ngam2 waktu maghrib, g solat kat masjid subang permai, baru sedap skit nak makan lama2. Order makanan kul 7.30pm dalam sejam gak baru sampai order punya la lama... mana taknya tukang cook nya sorang, tukang layan sorang, buat air sorang.. geram gak lamanya diorang ni sediakan order. Masa sampai tengok tak ramai gak, ada 5 meja berisi, so kami ni pelanggan ke-6, lpas je dapat order baru chef dia sampai dan pekerja2 lain, pastu orang pun berduyun sampai siap kena beratur nak masuk... tapi lpas chef dia sampai laju jer food nya dia sediakan... expert sungguh... ye lah skrg dah ada 3 cook. Emmm... mknn dia sedap la.. lpas beranak almas ni suka lak aku makan kambing, aku order kambing banting, m.a.n sirloin steak total 2 orang makan baru RM50+. Sungguh menyelerakan.

23.11.08: H4,H5 Cinema 7

Sambungan kepada siri cuti sekolah... Ahad tu pagi-pagi lagi dah bangun ngemas umah sebab faizah member sekolah menengah nak datang tengahari tu... m.a.n suggest jamu beli nasi ayam jer, tapi terajin lak nak tunjuk skill memasak, so dalam kul 10 beli bahan-bahan mentah, tak masak apa pun yg special: menu lalah tumis cili api, kobis masak lemak dan sotong goreng tepung. Specialnya m.a.n turun dapur potong kobis, ok la ada skill memasak gak. So comel anak2 faizah esc. yang paling kecik, syok berborak terlupa nak amik gambar, mmm.. kena datang lagi la ni. Gambar anaiis (Pic taken from katak_ayu)

Lpas asar g lawat jiran baru dapat baby boy setelah 7 tahun kahwin, lpas tu kami pun berdua-duaan menuju ke Jusco, m.a.n ajak tgk wayang, sjak kahwin ni, ni adalah wayang ketiga sy. 1st, lepas pantang arienah tak ingat tajuk apa - gatal nak tgk midnight, waktu bercinta dulu ok la tgk midnight, dah kahwin tgk midnight alangkah tak best nya for me la sbb bila sampai umah, bb pun tak tido lagi kena layan dia, 2nd citer kingkong bawa arienah sekali dan ni adalah wayang ketiga citer Bond-QOS, saya tak paham pun jalan citer dia, penuh ngan aksi - dah suami suka citer camtu layan jer lah. Nak jadikan citer sebenarnya citer ni dah full, tp rajin la pulak saleman dia panggil m.a.n cuba nasib tunggu kat counter booking kalau-kalau org yg dah booked tp tak datang, so tiket tu akan let go 15 minit sebelum wayang start. Kebetulan ada la pulak... seat dia cantik lak tu kat tengah-tengah suka la m.a.n dapat tempat best. Rindunya kat almas...huhuhuhu

22 November 2008

Wah.... honeymoon gitu..

Ok ke tajuk tu.... So ni la yang dikatakan cuti sekolah...
Dah ada anak ni baru la faham kenapa mak bapa selalu antar anak-anaknya balik umah nenek. Tapi dalam kes astik ni, opah dia yang sibuk nak bawa cucu balik kampung, yang kakaknya lak tak nak pisah ngan auntie effa dia nak ikut balik kampung sama. Maka tinggal lah astik berdua-duaan dengan m.a.n hujung minggu ni..... Jeng...jeng...jeng...

Kul 7.00am tadi anak-anakku dah selamat travel balik teluk intan, astik tak dapat balik sama sebab kena kerja la stand by untuk konvo, mama ku memang mmahami... Thanx mama. So pagi ni kat opis merancang xtvt masa berduaan ngan abang tersayang. (ada ker). kalau ada i'll update for next n3, kalau tak wujud post tu, al maknanya nothing happening la ekk..... ahaks.....

20 November 2008

Bila tiada keikhlasan di hati...

Masa untuk mengumpat..... geram jer rasa.... semua-semua kena buat nak hujung tahun ni.
Opis ni ada 2 pegawai pe'yemak'. tapi yang function macam aku sorang jer.

Kemasukan bajet, pembetulan kod objek lanjut bajet, susulan JP aku gak kena semak, proses 'benda''hari'-'hari' lagi. Kalau bila payment buku datang bukan tau sikit2 nak semak, dalam 30 baucer, 1 baucer ada dalam 6 bil. Fening beb.... Jadi liason ngan PTJ masalah-masalah berbangkit. Eeeee.. tension. Kalau deal ngan staf berhati lembut ok gak, dengan senang hati aku leh nak compromise. Ni kerek macam bagus,.. bosan jer... lepas tu buat salah pulak tu, tak nak admit.... dah ngaku je la tak pro pasal tu, kan dengan senang hati aku leh tolong.

Ha.... kan dah tertulis dalam blog ni.. akan ku ingat sampai pencen kerahan tugas yang tak equal ni, sorang lagi pegawai pe'yemak' tu, mmg semak jer kot function dia dalam opis aku ni... (nama dirahsiakan) kadang rasa betul-betul unfair bila time kerja menimbun, bila keje tak banyak ok jer, terima seadanya. Tugas dia yang betul-betul aku nampak hanya 1 jer, yang lain macam tak amik tahu langsung urusan opis, smua2 pass kat staf opis dia. Tak adil beb....

17 November 2008

Hip hip hooray.....

Semalam, was my last paper for my final year hopefully... insyaallah. Nak citer sejarah pembelajaran ni dari sebelum wujud arienah apatah lagi almas, and juga belum bergelar tunangan orang lagi. Ha, punya lah lama. Memang lama kalau nak dibandingkan dengan pelajar sepenuh masa. Start belajar tahun 2002, masa tu fakulti kat seksyen 17, SA. Sempat belajar 2 semester kat sana, tapi suka environment kat sana sebab boleh kenal pelajar2 PLK ni, terasa macam close, mungkin sebab compound sek 17 tak seluas and se crowded macam kat pusat.

And, semalam juga lepas habis paper bertempat di DSB rasa touching ala-ala emosi gitu, sebab ketua pengawas pernah gak jd lec international accounting aku, siap berucap mengatakan that day was his last day, dia opt pencen. Lepas pengawas bertugas collect paper, budak2 ni pun semua tepuk tangan and siap ada yang tangkap gambar. Tu budak full time at least 3 tahun belajar dah gembira sakan, aku ni yang masuk tahun ke-6 lagi le perasaan... rasa release sangat..... Tak sangka dapat juga aku menamatkan pengajian ku... So sekarang adalah masa yang paling mendebarkan tunggu result. Doalah dapat result yang memberangsangkan and lepas semua paper.

Orang-orang belakang tabir yang turut bersusah payah dalam menguruskan anak-anakku especially m.a.n. aku sungguh berterima kasih, walaupun tak diucap terus dari mata ke mata; jaga arienah & almas esc sepanjang malam and tido kan mereka. Mama; sanggup tinggal sama ngan aku jaga almas sepanjang akhir semester ni, mendoakan dan turut menanggung kerisauan bila aku exam and esc kakak ku effa and suami, apit; ramai yg kata arienah dah jadi cam anak mereka cuma tak melahirkan jer (kadang jealous gak) tp tak ke mana. Rezeki anakku ada auntie yang baik dan pihak2 lain secara langsung maupun tidak langsung.
Jasa u all terus dikenang dan diabadikan dalam my blog ni.....

14 November 2008

Anak-anakku

Arienah…

Not much to say…. Tapi asyik nak berlari jer and
as usual tak leh duduk diam. Suka iklan horlicks
silap iklan scott’s imulsion:

☺Ku gembira sentiasa
☺Badan ku sihat dan kuat
☺Biar panas atau sejuk
☺Ku bermain penuh minat

☺Berlari, melompat sini sana
☺Scott imulsion membantu saya

Lebih kurang camtu la lirik nya. Pandai memilih baju sendiri, pandai mandi and lap sendiri dan banyak dah boleh uruskan diri sendiri…

Suka mama, ringan sikit tugas mama… Luv u so much… my dear!

Anak anakku....

Almas mencecah 6 bulan....

Dah pandai merangkak tapi dalam version slow motion, walaubagaimanapun mencungap gak nak kejar.... Cpat je rasa dah membesar, dah mula makan nestum and bubur, routine terbaru sepanjang malam tak jaga dah, tapi bangun kul 4.30am nak susu, lpas minum tido balik, baik anak mama... luv u very much!





10 November 2008

Ayat-Ayat Cinta

♥Desir pasir di padang tandus
♥Segersang pemikiran hati
♥Terkisah ku di antara
♥Cinta yang rumit

♥Bila keyakinan ku datang
♥Kasih bukan sekadar cinta
♥Pengorbanan cinta yang agung
♥Ku pertaruhkan

♥Maafkan bila ku tak sempurna
♥Cinta ini tak mungkin ku cegah
♥Ayat-ayat cinta bercerita
♥Cinta ku padamu

♥Bila bahagia mulai menyentuh
♥Seakan ku bisa hidup lebih lama
♥Namun harus ku tinggalkan cinta
♥Ketika ku bersujud

Buat masa ni, aku suka sangat lagu ni sebab teringat masa travel ke Jakarta Jun 2007 dan atas sebab-sebab yg lain juga. Time tu lili sibuk cari novel Ayat-ayat Cinta dan novel Habiburrahman El-Shirazy, aku tak interested and tak kenal pun author tu that time. Thanks tu Atik my cousin at Jakarta bg novel tu, abis koleksi novel lili aku baca masa dalam pantang Almas. And sekarang tengah tunggu kalau ada novel bertajuk Dalam Mihrab Cinta. Tak jumpa lagi kat kedai buku. Atik kalau terbaca blog ni tolong deh pos'in aku novel tu. Gratis ya....

05 November 2008

Introduction...

Ni la hasil gubahan aku yang kedua sepanjang 29 tahun aku hidup. Ok tak? Bagi aku sedap lah mata aku memandang, tp bagi my hubby dia tak nampak kesenian dalam gubahan aku. Huhuhuhu......
Manusia boleh berubah dalam sekelip mata, cuma ke arah positif atau negatif. Dulu, aku rasa selesa dengan personaliti aku, tapi tak semestinya orang lain juga selesa dengan attitude kita especially orang yang rapat. Mungkin kita rasa diri kita cukup bagus di mata mereka yang tak rapat, tapi adakah teman rapat kita mempunyai perasaan yang sama. Hanya mereka yang tahu menilai.... Nilai lah diri sendiri semula, mungkin ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Peningkatan umur tidak bermakna mematangkan diri seseorang. Guru yang paling bagus dalam kehidupan adalah pengalaman hidup. Ambil iktibar dari pengalaman hidup seseorang untuk mematangkan diri kita, terutama dalam mengecapi kehidupan yang diberkati dan diredhai di dunia dan di akhirat. So, m.a.n, sy cuba jadi yang terbaik untuk kamu. Chewah ayat.... Insyallah.
'Tiada yang dapat mengubah diri seseorang itu kecuali diri nya sendiri"

03 November 2008

Blogging...

Today, i being persuaded to blog by faiza and hairy...
So, to accomplish the mission, i proudly annouce
to both of you my blog....

Nothing special.... simple and my plain life. I dedicated
the blog specially to my family, friends and my life.

So tini... i fulfill ur wish to read my blog... Enjoy

14 October 2008

22 September 2008

almas syafiah

07.05.2008 @ 9.30am
Berlian Penawar.... totally baba yang pilih nama Almas.... Tarikh almas dijangka lahir 12/5, cepat 5 hari... Masa tu mama bersalin btul2 sehari lpas exam last paper for that semester, alhamdullilah Allah beri kelancaran pada urusan mama, so sempat sehari mama masuk opis settle kan kerja2 masa cuti exam dan urusan peribadi mama.... Almas lagi mudah bersalin mungkin sebab anak no 2, dah ada laluannya... mula sakit kul 7am, lpas solat subuh trus sakit 15 minit2 tak bagi peluang langsung, almas dah tak sabar nak jumpa mama ekk... time ni mama call opah bgtau, kebetulan juga baba tak de mood nak kerja, time ni baba dah masuk waktu keje biasa 8.45, biasa 7.30am baba kuar rumah...
Baba antar arienah sekolah, pastu settle kan mama, time ni mama dah tak larat sangat, baba uruskan smua, dalm kul 8.45 bertolak ke PUSAT BERSALIN UMRA, nasib jalan ikut highway and time tu traffic tak banyak dah,.. baba terbayang kes abby dah bersalin dalam kete.... On the way ke hospital, baba call hospital, nasib doc baru je datang, so sampai jer mama mmg tak larat nak jalan... pakai wheel chair masuk hospital, bersalin kat ruang check up, tak sempat masuk labour room... alhamdullilah... big thanks to staf Umra very prihatin,.. ada staf tu tak sempat letak beg nak tolong nyibukkan diri nya pasal... Kebetulan time tu ada penggambaran Inai Malam Pengantin kat hospital tu.. ramai la krew2 kat bawah tu.. baba cakap masing2 kuar sbb tak sanggup dgr mama jerit.... ya ker.. mama rasa tak la jerit mana pun yang mama ingat kuar dari mulut mama ckp sakit doctor.... tepat 9.30am keluar lah almas... alhamdullilah lg senang.. sakit sekejap tp hanya mama yang tahu.... alhamdullilah smua selamat..... Baba potong tali pusat almas... very touchable moment time ni.... nampak sifat sorang kebapaan.... Lpas tu almas diambil berlakon citer tu... klau tak silap episod 65.. kenangan bersalin kan almas....

18 September 2008

arienah marsya

24.05.2005 @ 10.30pm
Cergas kesuburan/kehijauan makna yang dipilih. Mama pilih nama arienah, baba pilih marsya, sepakat lah jadi Arienah Marsya. Tarikh dijangka bersalin 7/6, arienah keluar cepat 2 minggu, hari selasa... kebetulan hari tu mama tak de mood nak g keje, satu hari mama kemas rumah, susun cadar, sarung bantal elok-elok so kalau tetamu datang senang cari sendiri. Nasib masa tu baba masuk opis kul 5.30am, so 4.30 ptg dah sampai rumah... Pukul 4.30pm mama dah mula rasa sakit, tp ingat kontraksi palsu, sbb blum masanya lagi, so mama cuba rehatkan diri, tp lpas sejam rasa sakit yang sama gak, mama trus kemas barang2 yang perlu dibawa ke hospital-mmm... memang plan nak kemas 2 minggu awal, nasib sakit sejam2 lagi, so sempat la iron blouse untuk ke hospital dan baju untuk balik. Masa ni baba tidur lagi lpas balik opis and minum petang, dalam 6.30pm mama kjutkan baba bgtau rasa sakit, mama cal opah tak berjawab, mungkin opah tak de kat rumah masa tu, then mama cal mamazana nak tanya sakit bersalin macam tu ker sbb experience dia delivered tisya on march, zana said lambt lg tu klau sakit lg lpas isyak g la hospital sebab blum masa lg kan...
Then maghrib mama kuar tanda darah, tp mama sempat solat maghrib lagi, :) sah ke??? Baba dah cuak, ajak g hospital, so dalam 8.30pm sampai DEMC. On the way, dapat call mama, mama pesan minta maaf ngan baba, time tu hujan renyai-renyai, wah sayu sungguh rasa... takut pun ye first time nak kena masuk labour room. Sampai hospital nurse pasang apa ntah nama nya untuk bacaan kontraksi, dlm sejam gak dia pasang alat tu, pastu dibiar jer, tension gak masa tu dah la tak bgtau apa motif nya pastu kena biar lama2, masa tu dah la sakit 10 minit2, dalam 9.30pm dibawa ke labour room, sebelum tu nurse cek bukaan dah buka 5-6 cm, alhamdullilah nurse tu cakap senang ni bersalin nant, time ni mama nangis dah, bukan nangis sakit tp sebab takut.... nurse tenangkan, baba setia temankan kat sebelah. Pastu doc Norleen datang ngan suar tidur.. nampak doc automatik jadi lega.. psiko btul... 2 kali push gak kuar la arienah... terpusing-pusing masa doc sambut, tali pusat arienah terbelit leher and badan.... Release nya rasa, hilang rasa sakit nak bersalin... mukjizat Allah... alhamdullilah, baba azan and qamat... opah sampai tak lama lpas tu ngan anak jiran (Mai) naik teksi dari Teluk Intan, auntie effa datang dari tempt keje bawa pizza, rezeki, mmg lapar lpas bersalin, hospital tak sediakan dinner lak sbb dah abis waktu makan, air pun tak de....malam tu mama tak leh tidur, gembira bersyukur dimudahkan melahirkan arienah... baba lena jer tido kat sofa, ajak tido sebelah baba tak nak...mmmm....

  © Blogger template 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP