28 September 2009

Eid 2009 @ Muar




s'thing went wrong wif the sister...





We in the BLUESSS THEME....

06 July 2009

17 June 2009

Antara tetamu jemputan


Thanks to all invited guests.. kehadiran kalian sangat memeriahkan majlis kami.. sepuluh jari mohon ampun maaf ketidak selesaan layanan diberi.
Menu of the day:
Mee Kari
Sate Meru
Nasi Impit
Sandwich sardin
Karipap
Dadih strawberry & Blubery (nak ikut theme biru/pink, skali blueberry kaler pucat-tak menarik langsung)
Buah tembikai merah & tembikai susu
Lots of candies
Beverage: Shirley Temple



Terima kasih hadiah diberi.. end of the day, baba bawa turun hadiah wrappers SOGO, mama tak bg apa.. tp dah beli gaun sedondon :)...

15 June 2009

The party's here!


The very lovely cupcakes for the such adorable birthday girls.....

credit to irwan...

04 June 2009

More KONVO pics






It's MY KONVO Day


28 Mei 2009
Dewan Sri Budiman
UiTM Shah Alam, Malaysia


29 May 2009

Our special day TOGETHER

29 Mei 2009
5.30pm

FriendsterCode.Net - Free Friendster layout and codes,Comment graphics, Glitter text generator, Doll maker, and more



May.....

Bulan ni bulanku.... banyak important dates bulan ni.... anak-anak ku lahir bulan ni, aku pun diikat jodoh pada bulan ni gak....


Today it's my fifth year anniversary.... orang kata 5 tahun pertama perkahwinan adalah sesi suai kenal pasangan hidup bersama.. i admit this... banyak perubahan pada diri ku sebagai isteri untuk 5 tahun sejak bersama mr m.a.n..... Congrates to mr m.a.n berjaya memimpin isteri ke arah yang lebih baik dalam menyatukan, mengeratkan hubungan kita ini....


Nak cakap lebih pun jiwang pulak.... tak sesuai ngan jiwaku.. ahaks.. i specially dedicated this poem to my love.. my moon... my sun...my stars... suamiku cinta hati NOR AZMAN JAMINGAN


♥♥♥♥♥How wonderful to have you in my life!
♥♥♥♥♥All my feelings whirl about my heart!
♥♥♥♥♥Perhaps I can't contain that I'm your wife;
♥♥♥♥♥Perhaps I don't know how or where to start.
♥♥♥♥♥You have me always, no matter what you do:
♥♥♥♥♥A gift I give my gift, joyously.
♥♥♥♥♥Nothing means as much to me as you;
♥♥♥♥♥Nothing else so fully makes me, me.
♥♥♥♥♥If I had everything that Allah SWT could grant,
♥♥♥♥♥Very little there would bring me peace.
♥♥♥♥♥Enwrapped in you is everything I want:
♥♥♥♥♥Rapture, warmth, affection, sweet release.
♥♥♥♥♥So strong my love! So happy, sure, and strong!
♥♥♥♥♥A thousand thousand years would not seem long!
♥♥♥♥♥Reason tells me everything must end,
♥♥♥♥♥Yet you will always be my lover-friend.



Harini aku cuti... sambung cuti semalam konvo.... aku siap2 kemas katil bilik pengantin, pakai cadar malam pertama.... tengok reaksi mr m.a.n balik keje petang ni... arienah pun sibuk tolong kemas sama.... dia pun sibuk nak decorate,... layan je la...

24 May 2009

HappY birtdDAY ARIENAH MARSYA

24 Mei 2009


Tepat jam 10.30 mlm 4 tahun yang lalu hujan renyai-renyai, lahir buah cinta mama dan baba lepas 3 bulan diikat bersama sehati sejiwa(tak paham ayat apa ni) maksud BM lpas 3 bulan kahwin terhasil la embrio dan janin dan 9 bulan kemudian, sampai la masa ...



Kepada anakku Arienah Marsya, mama dan baba ucapkan selamat hari ulang tahun ke-4... Semoga jadi anak yang pintar, baik budi pekerti, hormat orang tua...anak yang solehah mendoakan kedua orang tuanya....





Ala.. tomei-tomei... sweet nya gaya seorang kakak.. arienah mmg kakak yang baik, sayang adik sentiasa... uhuks


Mmmmmm... yummy.....

23 May 2009

Panggilan kecemasan

22 Mei 2009

Pagi ni mr m.a.n dapat call dari kampung, sad news my MIL kena admit hospital masuk since yesterday... kebetulan arini gak aku ada important day menentukan hala tuju hidup... (ayat tak hingat)

Nasib baik mr m.a.n cool as alwayzzz... lpas dapat berita tu dengan tenang dia ajak balik lpas opis hour, so kitorang bertolak balik lpas keje... Lpas keje pun lpas maghrib gak kuar umah...

Ahad ni birthday Arienah 4 years old balik Shah Alam.

semoga my MIL selamat sejahtera cepat dan sembuh cepat....

08 May 2009

Agenda Balik Teluk Intan

Sambungan kisah balik TELUK INTAN 24 hingga 26 April.....

Acara naik buai beramai-ramai


ADUN Changkat Jong merasmikan majlis dan potong jambul


Budak kecik yang tido sepanjang majlis berlangsung


Test power masuk buai......

07 May 2009

Happy 1st BirthDAY ALMAS SYAFIAH

ALMAS my sweet lovely adorable daughter turns one today......

First year old.

ALMAS














Mama sangat bahagia punya anak-anak sihat dan sempurna fizikal dan mental. Ya Allah ya tuhanku, berilah anak-anakku Arienah Marsya dan Almas Syafiah kesihatan fizikal dan mental yang sempurna, muliakan lah mereka di dunia dan di akhirat dan sinarilah wajah mereka dengan cahaya ketakwaan. Sesungguhnya kepada Engkau Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kabulkanlah doa hambamu ini Ya Allah. Amin.

03 May 2009

Labour Day

1 hingga 3 Mei... kami sekeluarga balik Muar... Kali ni balik saja-saja ngeratkan silaturrahim keluarga....


Kat kampung, kakak ipar rajin cucuk tanam dalm polibag... hehehe adik ipar yang menyahut seruan hijau bumi telah mengambil 3 polibag untuk dibawa ke Shah Alam tapi of course la atas perkenan my SIL.. thank u sis... pokok-pokok tu selamat dituai dan hasil pun telah dirasai kami sekeluarga... pokok cili 2 pokok dan pokok sawi 1 pokok.

27 April 2009

4 bulan sekali...

Tahun ni rekod... bagus gak jadi blog writer (writer ke.. tak de maknanya) ni.... at least ada la pencatat jurnal untuk di ingat-ingat....

1st time balik teluk intan sepanjang tahun 2009.... Hohoho lama tul tak balik perak... banyak berubah bas central pun dah pindah... nasib mr m.a.n balik naik bas, tu tau station bas dah bertukar arah... ni smua hasil rinduan pada anak tu sebab si isteri meninggalkan laki... almas balik dulu ari khamis ngan opahnya.. almas ni special case 'anak opah'... jumaat mama amik cuti,.. plan nak uruskan kain baju 2 minggu terbengkalai... belakang habiskan 4 trip mendobi.. pastu biarkan smua berlonggok.... arini keadaan umah dah clear.. sebab hasil campur tangan opah malam tadi.... sungguh lagi cpat mama membesarkan badan camni...

Jumaat tu sempat la terjah stadium malawati meramaikan umat Muhammad SAW di sana... jalan2 habiskan duit jer.... arienah ikut sekali... mlm tu dah merengek nak ikut balik kg.. so pagi tu tak de la g skul...sekolah pun mkn, main jer...

Bertolak jumaat tghari kul 1.30 punyala mengantuk... drive tengahri bolong.. boring journey.. arienah dah selamat mengorok start luar kawasan SA lagi.. mak nya sorang2 layan jalan.. selamat sampai jumpa anak tersayang kul 4pm... sungguh seronok di hati.. malamnya baba sampai.. atuk amik kat bus station... baba pun ala2 mamai gak.. mula2 tak de hati nak turun ingat blum sampai sebab tempat bas bertukar arah... nasib nampak atuk... baru memberanikan diri turun....

Next entry... agenda balik teluk intan....

23 April 2009

TWO of US

Tarikh : 4 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8 Malam
Lokasi : Tun Rahah Grand Ballroom, Menara Yayasan Tun Razak, KL

Satu masa dulu.... satu hari dulu... berapa banyak dulu daaa.... juz nak review... ni la hasil bila aura memblog kembali datang.... smua2 nak citer... DULU-DULU pun nak citer tapi jari nak sign in tak datang2, hilang ke tempat lain jer....

Ni tahun ni kira 2nd time agenda g dinner berdua-duaan.... time ni arienah and almas berpeleseran di rumah mak teh dia kat Balakong... thanks to wan arafiah(school mate time kat melaka) bagi undangan dinner sempena majlis makan malam pertandingan Sulam Manik...

My opinion la.... majlis ni bagi penghargaan penggiat seni sulaman manik.. memang terpesona, terpukau, terpegun tgk hasil tangan masing-masing.. dayah pasni bolehlah bertukar arah pada manik lak.....

Door gift dari pihak sponsor pun bukan calang-calang presie... tuala muka berkait majlis tu... baucer disc dari Habib Jewels...(sapa2 nak borong jewels bolehlah msg tarikh luput 30 April 2009... dgan rela hati ai past the voucher)


Ni gambar di amik dah sampai umah dalam kul 12 midnite huhuhuhu... AF dah abis time ni sapa ntah terkuar... rubisa ngan zizi rasanya.... Kitorang pakai sedondons batik dari Jakarta....



p/s:... minggu ni musim kemelesetan ekoMONEY umahtangga.. dari PUREEN, PONEY, coming METROJAYA kat stadium malawati.... marilah beramai2 meriah kan keadaan.....

22 April 2009

11 bulan....

ALMAS
11 MONTHS OLD.....

Lama tak sign in... sampai lupa ada draft post yang tak activate untuk publish.... Budak kecik ni makin hari.. makin menjadi-jadi peel dia... layan dia jer.. gerenti pengubat sakit tua... tak kering gusi... Peel baru sekarang bila start buka mulut nangis pujuk camana tak nak berenti.. lagi dibuka mulut puas-puas bagi kuar suara.... tp mama dia ni dah tau taktik nak berentikan volume dia... sumbat jer makanan dalam mulut dia ... automatik jadi senyap.... ni mr m.a.n nya xperimen.. mula2 mama jerit gak bila mr m.a.n layan almas camgitu... takut la budak tu tercekik ke langsung sora jd chipmunks lak... sekali almas layan kunyah trus.. serius kelakar... sampai sekarang ni gigi dah tumbuh 4 batang...


Suka nganga besar2... nak jerit pun nganga besar2 dulu baru suara kuar... comels sangat....


Masih blum ada tanda2 nak jalan.... very the hati2 ni budak.... makan pun suka suap2... botol pun nak dipegang.. tp tgk mood mama time rajin nak layan,... pangku la almas... klau datang angin M biar jer almas layan minum sesorang... sekarang suka sangat buat aksi spiderman... pungkok tonggek ke atas... tak save dalam pc lg pic tu... gaya ala2 nak pastikan hantu ke orang.... very mengeramkan sesapa yg pandang...


p/s: zulaikha dah jalan ekk... kakak almas time ni pun dah laju bergerak....

06 April 2009

Relaxing time....

Memperkenalkan harta hak milik kerajaan... Nak tunjuk dokumen kerja perlu settle utk aritu... Sikit jer kat tengah2 meja.. tepi kiri kanan bawah.. biarlah rahsia.. hohohoho....

Kerja mama buka envelope jer... ahaks..


Sebenarnya, nak stori ni... mama dapat PROMO buat facial kat sini package included AROMA MASSAGE(30minutes) FACIAL(1 hour) EYES MASSAGE (30minutes)... tarikh LUPUT dia 31st Mac... punya la tak nak nyusahkan orang dah last minute baru nak buat appoinmt.. nasib amat BERNASIB BAIK... ada la time kosong ari esoknya.. saja jer cuba calling kalau waktu tak mengizinkan mama pun tak RALIT.. bcoz it my fault sapa suruh very the LAST MINUTE... dah ada time free dan semua FREE.. next day noon i pegi dengan SUKA SUKI nya....


Waktu ni dah masuk bilik untuk MUKA mama dikerjakan... sempt snap kat locker tempt barang jer.. nampak kunci locker jer... ok la bilik dia untuk 1st timer macam mama ni... dengan bauan aroma terapi dan muzik genre KITARO


Outfit sepanjang sesi waktu dikerjakan berlangsung.... Sungguh selesa dan hilang tegang2 urat.... Kulit muka terasa halus mulus dan lembut gitu... Pas dah abis sesi tu org REE's promote la.. kalau sapa2 nak buat facial boleh datang sini.. reasonable price RM500 for 7 session.... pastu dapat free eyes massage... mama layan jer la... susah nak bagi komitmen.. plus ekonomi tak mengizinkan buat masa ni... Pergh.. sesi extraction boleh membuatkan air mata bercucuran... nak skip tapi dah buat separuh jalan... TAHAN je lah... Betul ker... perlu sacrifice untuk cantik...

02 April 2009

kenapa mesti cium anak?

Terpanggil untuk kongsi info bersama...


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

01 April 2009

Penghargaan kepada blog Dayah

Akak.. nak wish trillion tq kat ko sebab menyibukkan diri google print out web utk perkembangan kanak2 riang ribena ni....

Buat pertama kalinya.. akak dah save, print buat masa ni sampai C jer... tengok progress, kalu dia buat elok2 akak print lagi sampai J....
.
.
.
TADAAAA
.
.


Arienah ni.. ada member dia rajin la mefokuskan diri mengaler... kalau tak... very the payahest.... anak 1st.. semua2 dia nak atur....


Kat umah sesorang.. jangan harap la nak tekun, sabar... USAHA JAYA MARA ni.... dayah, akak print 2 set -satu lagi utk cucu sedara mak teh... kertas A4 120g tebal sikit... pastu letak ring.. nanti leh masuk fail buat rekod home skul dia... motivasi utk dayah cari web homeskul best2 lg... muah, ok la buat permulaan.


Kakak nya bz mengaler... adik dia pun bz nak nyusun kaler.. tapi susun kat luar kawasan sepatutnya.... asal tak masuk mulut.. gazak dia la...


Almas ni ada tohmaninah nya... senang nak bagi leka... ni dia buat kerja NYUSUN ni.. dipanggil tak noleh2 punya la khusyuk...


Tu dah rasa PUAS HATI la tu... baik tinggalkan sebelum kena KEMAS.. hohohohoho




p/s: Arienah dah 2 minggu tido malam tak pakai pampers... malam tadi nak pakaikan dia tak mau dah... MISI BERJAYA...

Sengkak usus....

Ok ke tajuk ni... tu la REALITI... peristiwa 27 Mac..
.
.
.
.
.
.

Tempat ni telah menyebabkan pengunjung balik dengan keadaan memilukan....kuikuikui.. marah tokey gerai baca blog ni....

ORANG bertanggungjawab perkenalkan tempat ni... AUNTIE EFFA.... dalam pantang sekarang.. tengok je la ya......


Tempat dia terasa seolah2 berada kat dalam kebun... :) mmg dalam kebun pun kawasan makan ni.... kalau book awal2 boleh makan dalam pondok, mcm umah sendiri yg best budak2 makan terabur2 pun tak per........ tp aritu malas nak calling2, kitorang terjah jer.


Arienah lepas conquer table, dia main panjat2 lak.... jgn roboh dinding tu sudah.....


Makanan sampai... banyak order aritu... tapi tak kuasa nak snap smua... nant kak effa terliur lak. Sebelum disentuh.. sungguh cukup sifat lauk tu... kitorang order lauk yg dperkenalkan auntie effa... ikan bakar berempah, mushroom goreng, tomyam... ikan masak 3 rasa.. pastu butter prawn... mula2 nak order steambot.... memandangkan ada kanak2 tak cukup umur join skali... kang ada lak yg melecur.....


Rakaman adegan lepas makan... tulang ikan pun tak nampak.....LAGI SATU

.

.

Daun pisang tu kalau boleh makan pun.... dah licin kot... hohohoho...




p/s: Dinner ditaja oleh pak teh... baik hati kan SIL aku.... dah la numpang umah dia siap bawa belanja lagi.... dia sayang adik ipar dia ni... hohohohoho.. muah..... malam tido lena kekenyangan.... thank you very much pak teh and mak teh


30 March 2009

Sedondon.....

N3 ni buat pertama kalinya, arienah and almas berjaya didapatkan baju sedondon cumanya design lain-lain.... dah besar sikit ok la sama design.... baru macam kembar gitu...

Macam zaman maknya kecik2... kakak ngan abang fesyen, kaler sama... senang nak cam anak sapa ni....

Semalam member lama sekolah menengah ajak datang umah makan2 buat b'day party anaknya 1st year old... perghh marvelous la food nya... kira2 aku mkn 2 kali round ler.. sebenarnya hari sebelum tu ada nak makan sate kajang hj samuri tu... tp sebab SIL nak belanja mkn steamboat so cancel la nak g pekena sate... pastu SA baru perasan ada branch hj samuri ni kat kompleks... best la.. lpas ni tak yah g jauh2 kat KESAS klau teringin nak mkn... LARI TAJUK dah...

Baju ni baru beli pagi nya, tak plan pun g Bebe's Home nak beli puting susu skali benda lain yang terbeli... kebetulan kdai tu buat sale dua2 ni less 50% tu yang sambar tu... syok la tengok :)


Birthday girl kena tutup muka dek arienah... arienah ni asal nak snap jer dan dan tu buat post yang menaikkan darah maknya.... luar kawalan sikit budak bertuah ni.....abaikan aksi terlampau di sebelah b'day girl tu.....


Bergambar ngan artis... Liza AF... tgk la arienah tu. buat muka... tegang urat dibuatnya....


SYOK aaaa lpak umah Faizah.... tinggi tingkat 14... sebab hujan lebat, terpaksa delay boarding lepak sampai azan maghrib... kira2 kitorang ni last family tak reti2 nak balik.. buat cam umah sendiri lak... Thanx bebanyak ya tuan umah... next time leh jemput lagi... kalu tak aritu ada Farid Kamil gak.. tp dia bz shooting tak dpt nak dtg... artis2 ni membernya laki Faizah....

Arienah: Mama, peace... no war... tegang2.....kang cepat kedut seribu

  © Blogger template 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP