15 January 2009

Cute 3logger 2008



Wah... macam anugerah skrin lak.... belum setahun jagung pun umur blog aku,..alhamdullilah dapat dianugerahkan award cute for year 2008... very terharu.sssssss.... dapat lak dari blogger yang ramai follower and well established.. sapa la azha4ever ni (over la pulak)... sila muntah beramai-ramai...




Peraturan untuk menerima award ini ialah:

Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

ok kat atas nun!

.

.

.


Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

"D" Zone yg bg award ni...... aku kenal dia sebab nak tambahkan kenalan member blogger, kenal online jer belum sempat ber dating... ter sengaja add link sebab dia staf UKM dan anak sebaya and sama jantina, and duduk selangor so tak jauh la kalau nak eratkan silaturrahim nanti... kan dila.

.


.


.

Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.


Adui.. 10 fakta/hobi tu....


1. Fakta yang pertama aku ni bukan reti men terror kan diri bersosial ni, tapi boleh lah pulak ter involve dunia blog, facebook and friendster ni.. sapa nak jawab....


2. Spesis aja ni dikenal pasti dari segi dalam perhubungan intim tu adalah yang paling setia dan tidak menggatal kan diri pada yang lain...

3. Hobi masa sekolah rendah mengumpul setem, siap ada 3 buku setem, tapi bila dah naik sekolah menengah buku pun tak nampak mana ntah....

4. Bila sekolah menengah siap kumpul artikel idola artis - tak hapa2 tak de kerja, antara artis yang sempat dikumpul Zamani and artis Taiwan Cheng E Kin, ada lagi tp tak ingat nama dah.

5. Dalam adik beradik nama aku jer sorang start huruf H, adik beradik lain semua huruf A, sebab ada peristiwa penting hari aku dilahirkan.... tapi aku pun tak sempat selidik lagi, klau sesapa tanya sori la aku nak bg jawapan, sbb aku tak abis study peristiwa apa.

6. Aku dilahirkan di Selangor, sunat di Jakarta, usia baby di Kuala Berang, tadika & sekolah rendah di Ipoh, sekolah menengah di Teluk Intan, higher education di Melaka, bekerja dan berkeluarga di Selangor.

7. Masa kecik aku pernah bagitau kat mak aku, aku nak laki macamana untuk jadi suami aku, sekali kebetulan perangai laki yang jadi suami aku sama seperti yang pernah aku describe kat mak aku.

8. Aku lahir bulan 11, so dalam keluarga aku, aku lah paling bongsu sebab lahir bulan paling akhir.

9. Jenuh aku nak pikir untuk fakta ke sembilan ni

10. Aku sangatlah last minute orangnya, sampai nak bersalin pun last minute bersiap nasib baik tak bersalin dalam kete.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.



Ni aku tunggu2 soalan terakhir....
1. Zana
2. Intan
3. Dayah
4. Hairi
5. Papazulaikha
6. Faizah
7. Blogger senyap
8. You
9. Dah la.. tu yang terakhir....

2 comments:

DYLA said...

astik,
u keje kat mana ni?

azha4ever said...

Dyla:
kuang..kuang...kuang... astik kat u gak tp uitm

  © Blogger template 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP